PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, November 18, 2008

Kerajaan Selangor terus martabatkan Islam

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari RM738.30 kepada RM 1,000.00.

Bagi penyelia KAFA pula, elaun mereka dinaikkan sebanyak RM338.00 menjadikannya RM1,500.

Khalid mengumumkan perkara berkenaan ketika merasmikan perjumpaan khas guru-guru KAFA Negeri Selangor di Shah Alam awal pagi tadi yang turut dihadiri Ketua Umum KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Khalid turut mencadangkan penubuhan Sekolah Agama Teknik dan Vokasional bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapat pendidikan Islam secara formal hingga ke Tingkatan Lima.

Menurutnya, cadangan itu akan dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta pihak swasta dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Khalid turut berharap kerajaan pusat bekerjasama menyediakan dana kerana cadangan itu memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

* sumber dari www.suarakeadilan.com

No comments: