PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, November 19, 2008

Kempen JOM SOLAT!!

Solat merupakan Rukun Islam yg ke-2, oleh yg demikian marilah kita sama-sama menjayakan kempen Solat ini...
Kempen ini bermula sekarang dengan bertujuan untuk menyatakan betapa Solat merupakan elemen terpenting dalam diri setiap Muslim...
Kempen ini akan berterusan mendedahkan kewajipan dan kelebihan Solat dari pelbagai aspek...
Ayuh! jika anda Muslim sejati...
Sertai kempen ini dengan cara menceritakan kepada seberapa ramai Muslim diluar sana akan kepentingan Solat dalam membentuk peribadi seorang Muslim....

Kecelakaan Bagi Orang Yang Tidak Menunaikan Solat & Dosanya:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Dzuhur : Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.. Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan.. Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah.

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.. Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.. Allah SWT berseru kepada mereka : "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

  1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
  2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

  1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
  2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
  3. (su'ul khatimah)
  4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

  1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
  2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
  4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan<>)

Hari Qiamat

  1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
  2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
  3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Ayuh saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

-am-

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

jom jom jom....

ibnumustafa said...

To Yuzz: Jom arr.. lets go mangamon.. dah amik wudhuk blom? hehe..