PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, January 29, 2009

Jom Boikot. Israel & Amerika.. Juga sekutunya..

Aku la ni dalam dilemma..

Nak boikot barang Amerika,

Tapi kerja kompeni Amerika..

Arrgghh aku peduli apa,

Rezeki di tangan Allah Taala..

Mana-mana tempat pun ada kerja..


Mula-mula boikot Pepsi & Coca Cola,

Tukar Microsoft kepada software Rusia..

Tukar Dell kepada komputer Malaysia..

Jangan guna talipon Nokia dan Motorola..

Gunalah Samseng atau pun Nokla..

Nokla tu produk dari China,

Tapi mungkin ada melamin bahaya la pula..


Tolong buang terus rokok Amerika,

PhilipMoris bantu Israel bedil Gaza..

Dunhill pula sekutu Amerika..

Tak guna pom pang pom pang hentam Amerika..

Kalau Marlboro dan Benson & Hedges berada di mulut sentiasa..

Buang juga keretek Djarum dan Sampoerna..

Sebab membahayakan kesihatan jantung dan dada..

Ketagih jugak, rokok daun sudah la..


Jangan naik MAS naiklah Air Asia,

Sebab MAS pakai Boeing buatan Amerika..

Nanti marah lah pula Idris Jala..

Dia baru umum tiket domestik turun harga..

Hampa pi boikoi pening pala dia..


Buang kad kredit Citibank dan Bank of America,

Gunalah kad kredit Ar Rajhi dan Bank Bumiputra..

Oh lupa bank tu dah jadi CinaIndiaMelayuBank rupanya..

Eloklah sokong perbankan Islam dan Bank Negara..


Berenti terus dok shopping tak tentu hala,

Tesco, Carefour atau pun 'Big' Pasaraya..

Terang-terang syarikat gergasi dari sekutu Amerika..

Berubahla kepada Mydin atau pun kat Jln.Masjid India..


Jangan pakai seluar Levis pakailah seluar Gala,

DKNY Ralph Lauren dan Gap pun sama..

Jangan pakai singlet Calvin Klein pakailah Pagoda..

Atau pakai baju sendiri walaupun tak dak jenama..


Jangan minum Starbucks di franchis Berjaya,

Minumlah Tongkat Ali Radix atau Kopi Lasinda..

M.Rajoli kata boleh terangkat sentiasa..

Mana tak terangkatnya, baik punya steroid setengah camca dok ada..


Jangan tengok berita CNN tengoklah Al Jazeera,

TV3 pun sama, meluat banyak fitnah dan propaganda..

Lebih baik tengok TV9 atau pun Astro Bernama..

Atau lebih baik tutup TV buat sementara..


Boikot juga filem-filem dari Amerika,

Biar merosot Golden Screen Cinema..

Nak tengok jugak beli cd pirot sudah la..

Oppss tak boleh, CETAK ROMPAK pemusnah negara..


Dalam dok boikot eloklah kita banyak berdoa,

Berdoa untuk mereka yang berada di Gaza..

Semoga Allah membantu mereka di sana..

Dan kita minta Allah turunkan bala..

Kepada Zionis Yahudi Laknatullah dan bala tenteranya..

Ya Allah hancurkan dan leburkan mereka..

Juga semua sekutu-sekutu mereka..

Mereka membunuh anak-anak dan wanita..

Seperti mana mereka buat di Shabra dan Shatila..

Mereka ini besar kepala tak hirau suara dunia..

Resolusi-resolusi PBB tidak dihirau oleh mereka..

Demonstrasi sana-sini mereka buat pekak dan buta sahaja..

Oleh itu Ya Allah hancurkan Zionis dengan kadar segera!

AMIEENN...

-am-

6 comments:

selayang_bayu said...

amboila pit....poning palo baco eh..

ibnumustafa said...

To selayang_baru: ishh sapo la pulak nih.. den tak konal.. bowi la salam dolu.. hehe

selayang_bayu said...

assalamualaikum topit..sapepun aku..aku kawan kecik2 ko..aku sentiasa ikut blog ko walaupun aku tak pandai nak wat blog mcm ko,kita sama muslim sama sksb,cuma membezakan ko adam aku hawa.
haaaa..sapa aku ek

ibnumustafa said...

To selayang_baru: Wa'alaikumsalam. hadoyaiii ni yg wat aku bertambah2 poning nih.. sapo pulok yg cubo nak memoningkan membran otakku ini.. anyway syukria ya ukhtie cz sudik follow my blog yg x seberapa nih.. i followww... hmmm bab sksb tu yg wat aku lagi tertanya2.. huhu.. saper wei?? habaq laa.. hmmm mmg aku adam pun, adam mukhriz.. adakah dirimu ain hawani yg ku cari-carikan selama ini? hahaha..

selayang_bayu said...

amboi ain hawani...
hua hua hua..

ibnumustafa said...

To selayang_bayu: Dah bace ke novel tuh??