PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, January 17, 2009

Mulakan gaya hidup baru

Dengan mengamalkan formula 70% + 20% + 10%, kita dapat mengelak pembaziran.

CARA seseorang berbelanja dengan membazir menyebabkan mereka tidak dapat menyimpan pada akhir bulan.

SUDAHKAH tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik mula mencatat transaksi kewangan harian? Nasihat saya, janganlah ditangguh kerana semakin cepat kita mulakan semakin cepat kita dapat mula menabung.

Para pembaca yang sudah mula dengan proses mencatatnya, saya pasti anda akan terperanjat dengan apa yang dicatat. Hanya dengan proses itu kita dapati banyak barang yang kita beli merupakan satu pembaziran.

Formula 70% + 20% + 10%

Baiklah para pembaca blog yang saya hormati. Di bawah ini, saya catatkan beberapa transaksi yang perlu diambil kira:

Pendapatan keseluruhan setiap bulan terdiri daripada: Pendapatan Suami + Pendapatan Isteri + Pendapatan daripada kerja sambilan + Pendapatan daripada perniagaan sambilan. Setelah mendapat jumlah, hendaklah kita tolak pula cukai pendapatan dan zakat. Seterusnya, jumlah itu pula hendaklah kita agihkan seperti peratusan yang di bawah.

A. Jumlah simpanan iaitu 10% daripada pendapatan keseluruhan merupakan wang yang hendak dilaburkan di dalam Tabung Haji, Amanah Saham dan simpanan yang mendapat pulangan baik seperti polisi pendidikan anak-anak. Peratusan itu tidak boleh diabaikan kerana ia adalah simpanan yang akan membantu kita membeli rumah, simpanan untuk pendidikan anak-anak, wang yang akan membantu semasa kita sakit atau digunakan setelah bersara.

B. 20% daripada pendapatan keseluruhan hendaklah diagihkan pula untuk membayar hutang yang buruk (bad debts) seperti hutang yang tidak mendatangkan pulangan, misalnya kad kredit, kereta dan hutang-hutang lain.

C. 70% daripada pendapatan keseluruhan inilah yang digunakan untuk perbelanjaan harian seperti barangan keperluan dapur, makanan, pengangkutan dan kenderaan, perubatan, hiburan, perubatan dan lain-lain.

Dengan mengamalkan formula 70% + 20% + 10%, kita tidak sepatutnya membuat kesilapan daripada aspek pembaziran. Kalau kita terpesong daripada apa yang patut kita lakukan, tidak mengapa kerana kita boleh berpatah balik dan teruskan dengan penuh disiplin dan komitmen.

-am-

2 comments:

Anonymous said...

" It's not your salary that make you rich, It's your spending habits" -Charles A. Jaffe

ibnumustafa said...

To anonymous: yes, its good opinion..