PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, August 27, 2008

Alhamdulillah ku panjat syukur pada Ilahi

Disaat kemenangan ini saya teringat Surah An Nashr yang berbunyi:
"Dan apabila datang bantuan ALLAH dan kemenangan;
Dan kamu lihat manusia berbondong-bondong mengikuti agama ALLAH;
Maka bertasbih dan pujilah Tuhanmu dan pohonlah keampunan;
Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat".
Maka saya seru diri saya dan sahabat-sahabat semua supaya menginsafi bahawa tidak akan ada kemenangan kecuali dengan bantuan ALLAH. Tetapi perlu kita ingat bahawa kekadang ALLAH memberi sesuatu itu tetapi bertukar menjadi istidraj.. iaitu menjauhkan kita dari ALLAH dan kita akan hanyut dalam kealpaan dunia.

Tujuan kemenangan yang diredhoi ALLAH ini adalah supaya kita mengajak dan menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada perintah ALLAH.

Saya berdoa kepada ALLAH moga kemenangan ini memberikan saya kekuatan untuk terus berjuang memartabatkan Islam. Moga ALLAH memberikan saya dan kita semua istiqomah dalam perjuangan ini.

Jangan kita lupa bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH. Tentu banyak dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan samada semasa berkempen mahupun sebaliknya. Jadi marilah pohon kepada ALLAH keampunan dan meletakkan kita dalam golongan syuhada dan solihin. Jangan lupa bersujud syukur kepada ALLAH.

Hanya padaMu lah ALLAH kami menyembah dan kepada Mu lah kami pohon pertolongan. Ampunilah kami dan bantulah kami.. Ameen..

Kepada para pengundi permatang Pauh sekalung tahniah diucapkan..

Dengan majoriti sebanyak 15,671 undi, mereka telah berjaya memulangkan DSAI ke Parlimen. Ini menunjukkan kematangan pengundi yang tidak mudah tertipu dengan isu-isu murahan yang dibawa oleh UMNO/BN. Kematangan politik yang ingin membawa Malaysia ke arah zaman politik yang baru yang lebih adil, telus dan berkebajikan.


UMNO/BN masih terperangkap dalam era politik yang lama. Mereka begitu terpinggir dari suasana dan kesedaran politik yang baru dan hingga hari ini masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang berlaku. Zaman mereka telah berakhir dan tidak ada bukti yang lebih jelas berakhirnya zaman mereka selain dari keputusan Pilihan Raya Kecik P44 Permatang Pauh ini...

-am-

No comments: