PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 30, 2008

Tambang bas naik 30% untuk Hari Raya

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

"Pelaksanaan surcaj ini adalah bagi membantu pengusaha bas ekspres mengurangkan kos operasi selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan maklum balas serta keluhan daripada mereka," katanya, lapor Bernama, pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Noh berkata pelaksanaan kadar surcaj harga tiket bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini iaitu pada kadar RM3 yang dikuatkuasakan hanya kepada pengusaha bas ekspres.

Noh berkata sebanyak 2,000 Lesen Perubahan Sementara (LPS) akan dikeluarkan dan permohonan lesen itu kini dibuka di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

"Bas yang dibenarkan untuk dijadikan bas ekspres tambahan terdiri daripada bas ekspres, bas henti-henti, bas sewa khas, bas sekolah dan bas pekerja yang tidak melebihi 12 tahun," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Noh berkata LPKP dan agensi penguatkuasa akan menjalankan operasi bersepadu di terminal dan di lebuh raya sepanjang musim perayaan termasuk mengawal aktiviti penjualan tiket bas di kaunter tiket supaya kakitangan tidak bersekongkol dengan "ulat-ulat tiket" dan menjual dengan harga tinggi.

* sumber dari malaysiakini.com

No comments: