PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 9, 2008

PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA?

Para ulama telah membahagikan metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran terpenting iaitu :

  1. Tafsir bi al-mathur ataupun al Tafsir al-Naqli

Iaitu bersandarkepada 4 sumber rujukan yang asas iaitu:

    1. Al-Quran : Ayat-ayatnya “saling tafsir mentafsir di antara satu sama lain”
    2. Al-Sunnah(Hadis-hadis Nabi)
    3. Tafsiran Para Sahabat Nabi SAW
    4. Tafsiran para tabi’in

Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’ .

  1. Tafsir bi al-Ra’

Diertikan sebagai iktikad(kepercayaan),atau qias atau akal atau ijtihad atau perbuatan merenungi dan memerhatikan.

Pendirian para ulama terhadap tafsir secara ijtihad dan penggunaan akal.

Terdapat 2 golongan :

Golongan 1: Mengharamkan pendekatan tafsir Al-Quran secara akal.

Golongan 2: Mengharuskan pentafsiran Al- Quran dengan menggunakan akal dan kekuatan daya intelek. Keharusan ini tidaklah bersifat mutlak sebagaimana yang disepakati para ulama.

Malahan terdapat syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal.Imam al-Sayuti di dalam kitabnya al Itqan fi Ulum Al-Quran mensyaratkan hendaklah beriltizam dengan empat perkara iiatu :

1. Mufassir perlulah mengetahui segala hadis-hadis Rasulullah SAW yang mempunyai kaitan dengan tafsiran hadis.

2. Kemudian pula perlu merujuk Tafsiran Para Sahabat Nabi SAW

3. Pentafsiran hendaklah berdasarkan penggunaan bahasa Arab yang fasih

4. Pentafsiran hendaklah bersesuaian dan bertepatan dengan hukum hakam syariat dan juga dengan tujuan-tujuan syariat Islam itu sendiri.

~ Kelayakan seorang Mufassir yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal/ijtihad terutama mengenai hukum-hukum syariat atau ilmu selainnya mesti merujuk(menguasai) ilmu-ilmu berikut: Ilmu Bahasa Arab - Nahu, I'rab,Saraf, al-Ishtiqaq, balaghah-Bayan, Ma'ani dan Badi',Qira'at Al-Quran, Usuluddin, Usul fiqh, Asbab al Nuzul, al-Qasas, Nasikh wa al-Mansukh, Ilmu Hadis dan Ilmu al-Mawhibah(bakat atau kepintaran)

Tujuan disebalik syarat-syarat tersebut adalah bagi memelihara kemurnian dan kesahihan ajaran-ajaran Al-Quran di sepanjang zaman.

Dalam hubungan di antara tafsir secara ma’thur dan tafsir secara akal, para ulama berpendapat bahawa kedua-dua metod pentafsiran tersebut mestilah saling kukuh mengkukuhkan serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain di mana pertentangan dari segi tafsiran mestilah dielakkan.

Ringkasan:

Tajuk Buku: PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA MENURUT ISLAM?
Dr Rushdi B Ramli ( APIUM); Disediakan oleh Jabatan Mufti PP

No comments: