PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 9, 2008

Kekayaan Keseimbangan Bumi

Bumi merupakan planet hidupan di mana pelbagai sistem kompleks bekerja dengan penuh kesempurnaan tanpa henti. Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, terbukti dalam segenap aspek bahawa bumi direkacipta untuk kehidupan manusia. Terbina atas kekayaan keseimbangan-keseimbangan, kehidupan terserlah dalam setiap bintik dari atmosfera hingga ke kedalaman bumi.

Dengan hanya meneroka sebilangan daripada jutaan kekayaan keseimbangan-keseimbangan ini, cukup untuk menunjukkan bahawa dunia yang kita hidup di dalamnya direkacipta khas untuk kita.

Salah satu daripada keseimbangan-keseimbangan penting dalam planet telah tersingkap dalam atmosfera yang mengelilingi kita. Atmosfera bumi mengandungi kandungan gas yang paling sesuai dengan nisbah yang amat serasi yang diperlukan bagi kehidupan bukan sahaja manusia tetapi keseluruhan hidupan atasnya.

77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida serta gas-gas lain tersedia ada dalam atmosfera mewakili nilai sempurna yang perlu bagi kehidupan.Oksigen,gas yang terpenting untuk hidupan membantu pembakaran makanan dan pertukaran kepada tenaga dalam badan kita.

Sekiranya kuantiti oksigen dalam atmosfera bertambah melebihi 21%, sel-sel dalam badan akan mula musnah. Molekul tumbuhan dan hidrokarbon yang diperlukan untuk kehidupan akan turut musnah. Jika kuantiti ini berkurangan kita akan mengalami kesukaran bernafas dan makanan yang kita makan tidak dapat ditukar menjadi tenaga.Maka 21% oksigen dalam atmosfera ialah kuantiti yang sempurna yang telah ditentukan untuk kehidupan.

Bukan sahaja oksigen, lain-lain gas seperti nitrogen dan karbon dioksida juga disusunatur dalam kuantiti yang sempurna bagi keperluan hidupan dan kesinambungan penghidupan.Kuantiti nitrogen di atmosfera mempunyai nisbah unggul untuk keseimbangan kesan bahaya dan kesan pembakaran oksigen. Nisbah ini mewakili nilai paling sesuai yang diperlukan untuk fotosintesis bagi keperluan bekalan tenaga di bumi. Selain itu, kuantiti karbon dioksida yang mengandungi nilai yang sesuai diperlukan untuk mengekalkan kestabilan suhu permukaan bumi dan mencegah kehilangan haba terutama pada waktu malam. Gas karbon dioksida meliputi 1% daripada atmosfera, melitupi bumi seumpama selimut dan menghalang kehilangan haba ke ruang angkasa. Seandainya jumlah karbon dioksida berlebihan, suhu bumi akan meningkat secara lampau mengakibatkan ketidakstabilan iklim dan menjana ancaman serius kepada hidupan.

Perkadaran ini sentiasa kekal, terima kasih kepada suatu sistem yang unggul. Tumbuhan yang melitupi bumi menukarkan karbon dioksida kepada oksigen menghasilkan 190 bilion tan oksigen setiap hari. Perkadaran gas-gas lain sentiasa tetap di bumi dengan bantuan salinghubungan sistem-sistem yang kompleks. Maka kehidupan dapat dikekalkan.

Tambahan kepada pengenalan campuran gas unggul yang dikehendaki untuk kehidupan di bumi, mekanisme-mekanisme yang diperlukan untuk memulihara dan mengekal susunatur ini telah turut dicipta seiringan dengannya. Sebarang kecacatan dalam keseimbangan walaupun singkat atau perubahan nisbah yang berlaku sekelip masa akan memusnahkan seluruh kehidupan. Sungguhpun demikian, ini tidak terjadi. Pembentukan gas-gas dalam atmosfera cukup dalam kuantiti yang perlu bagi manusia dan pemuliharaan tetap nisbah-nisbahnya menunjukkan sebuah penciptaan terancang.

Pada waktu yang sama, bumi mempunyai saiz yang sempurna dalam istilah magnitud untuk menampung suatu atmosfera. Jika jisim bumi sedikit berkurang, daya graviti akan lemah mengakibatkan atmosfera berserakan di ruang angkasa. Sekiranya jisim bumi sedikit bertambah, daya graviti akan menjadi lebih kuat dan bumi akan menyerap seluruh gas dalam atmosfera. Terdapat keadaan-keadaan yang menkagumkan yang tidak terhitung bilangannya yang diperlukan untuk pembentukan sebuah atmosfera seperti dunia kita dan keadaan-keadaan ini perlu wujud bersama bagi membolehkan kenyataan dibuat perihal kehidupan.

Penciptaan kekayaan perkadaran-perkadaran dan keseimbangan-keseimbangan di langit dinyatakan dalam ayat ke-7 Surah Ar-Rahman:

Dia telah membina syurga dan telah merperkenalkan keseimbangan. (Qur'an, 55:7)

Kebanyakan manusia hidup tanpa menyedari kekayaan keseimbangan-keseimbangan dan kebijakan penyelarasan dalam komposisi gas atmosfera, jarak dunia ke matahari atau peredaran planet-planet. Mereka tidak mempedulikan kehebatan akibat daripada keseimbangan dan penyelarasan ini terhadap kehidupan. Walau pun hanya secebis pencapahan dalam sebarang susunan akan mencetuskan masalah yang sangat ketara ke atas kewujudan dan kesinambungan hidup umat manusia.

Terdapat banyak lagi keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan atas bumi untuk meneruskan kehidupan:

Contohnya, sekiranya graviti bumi lebih kuat daripada nilai semasa, atmosfera akan menampung terlalu tinggi gas ammonia and metana, mengakibatkan berakhirnya kehidupan. Jika lebih lemah, atmosfera planet akan kehilangan air yang terlampau dan kehidupan di bumi menjadi suatu yang mustahil.

Ketebalan kerak bumi menyumbang kepada salah satu daripada kekayaan keseimbangan.Jika kerak bumi bertambah tebal, terlalu banyak oksigen akan dipindahkan dari atmosfera dan akan terjadi kesan-kesan ketara ke atas kehidupan manusia.

Seandai benar kesan sebaliknya iaitu kerak bumi bertambah nipis, aktiviti volkanik dan tektonik akan menjadi lebih besar untuk membenarkan kehidupan di bumi.

Keseimbangan lain yang kritikal adalah aras ozon dalam atmosfera. Jika arasnya meningkat daripada nilai semasa, suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu rendah. Jika berkurang, suhu permukaan akan terlampau tinggi dan sinaran lampau ungu akan bertambah besar di permukaan.

Ternyata hanya dengan ketiadaan satu daripada keseimbangan-keseimbangan ini akan menamatkan kehidupan atas bumi. Walau bagaimanapun, Allah telah mencipta alam semesta dengan ketakterhinggaan kebijaksanaan dan kekuasaan dan telah merekabentuk bumi khusus untuk kehidupan manusia. Meskipun nyata, namun kebanyakan manusia hidup tanpa prihatin terhadap kejadian-kejadian ini. Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan manusia akan kemurahanNya pada ayat ke-13 Surah Al-Fathir:

(Allah) membuatkan malam menggulungi ke dalam siang dan siang menggulungi ke dalam malam, dan Dia telah menjadikan matahari dan bulan tunduk, setiap satu berlari sehingga waktu yang telah termaktub. Itulah Allah, Tuhan kamu. Kerajaan itu kepunyaanNya. Apa-apa yang kamu sembah selainNya tidak memiliki kuasa walau pun ke atas sekelumit zarah. (Qur'an, 35:13)

Cukup dengan memperhatikan pada jutaan planet yang mati di ruang angkasa untuk memahami bahawa kekayaan keseimbangan-keseimbangan yang dikehendaki bagi kehidupan di bumi adalah hasil daripada kebetulan-kebetulan secara rawak. Syarat-syarat yang perlu untuk kehidupan terlalu sukar untuk terbentuk dengan ‘sendirinya’ dan secara rawak dan keadaan-keadaan ini khusus diciptakan semata-mata untuk kehidupan.

Keseimbangan-keseimbangan yang diungkapkan secara ringkas ini hanyalah sedikit daripada jutaan-jutaan ketakjuban, keseimbangan-keseimbangan yang saling bersandaran dan susunatur-susunatur yang telah diperkenalkan agar manusia dapat hidup aman dan selamat di atas bumi.

Menyelidiki hanya sebahagian daripada keseimbangan-keseimbangan dan keharmonian di bumi sudah cukup untuk mensyukuri keperkasaan Allah dan meyakini tanpa keraguan kewujudan ciptaan terancang di dalam setiap inci alam semesta. Tidak ada sebarang kekeliruan, mustahil bagi seorang manusia atau hidupan lain membina sedemikian besar keseimbangan dan susunatur. Bahkan juga mustahil untuk membuat komponen-komponen susunatur tersebut seumpama atom, unsur, molekul, dan gas yang berkeupayaan memperkenalkan satu susunan berasaskan kekayaan perkiraan dan pengukuran yang terlampau hebat dan begitu halus penalaan-penalaannya. Ini kerana aktiviti-aktiviti seperti merancang, menyusunatur, membuat perkiraan, dan menentukan perkadaran hanya boleh diadakan oleh individu-individu yang memiliki kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Maha Ketinggian Yang menyusunatur, merancang dan mengimbangi keseluruhan alam semesta untuk secocok dengan kehidupan umat manusia di atas planet umpama bumi dan Yang mengekalkannya dengan kekayaan lakonan ukuran-ukuran dan keseimbangan-keseimbangan ialah Allah, Yang memiliki Ketakterhinggaan Kebijaksanaan, Ilmu Pengetahuan dan Kekuasaan.

Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mereka yang berupaya menyedari hakikat-hakikat ini hanyalah ‘manusia yang memahami’:

Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191)

Harun Yahya

No comments: