"Apakah erti sebenar demokrasi berpelembagaan?"
Ikon demokrasi adalah Amerika Syarikat dan negara demokrasi terbesar adalah India dan diikuti Indonesia!
Indonesia baru baru ini di beri penghargaan kerana transformasi dari negara Autokrasi ke Demokrasi sangat menakjubkan! Negara itu pernah diramalkan akan berpecah sekarang dilihat sungguh kompak walaupun mempunyai ribuan pulau, berbagai suku, agama dan bahasa!
Kenapa Indonesia berjaya sekali dengan demokrasinya walaupun di Parlimen mempunyai puluhan Partai Politik dan Presidennya adalah dari fraksi kecil berbanding Golkar.
Jadi mengapa harus kita takut berdemokrasi secara adil?
Kita lihat senario dinegara yang memberi kebebasan suara baik di Korea Selatan, di Amerika Syarikat serta di Indonesia kita perhatikan bahawa rakyat diberi peranan yang cukup besar menegur pemimpin dan pemimpin akur kehendak rakyat!
Nah, disinilah kebijakan yang akan diambil oleh PR dimana kesemua ahli Parlimen bebas bersuara walaupun mereka dari Parti Pembangkang dan segala debat dan rang undang undang akan dibuka kepada semua ahli Dewan untuk dibahaskan sebelum menjadi undang undang! Ahli Parlimen tidak lagi harus mengikut telunjuk sang ketua sebelum merumuskan sesuatu undang undang! Jadi kalau majoriti tidak setuju ianya tidak akan menjadi undang undang!
Jadi kenapa orang Melayu/Bumiputra baik UMNO, PKR serta PAS harus gusar kerana mereka semua adalah majoriti di Parlimen dan tentunya hak Melayu/Bumiputra serta Agama Islam tak terjejas! Jangan samakan pemerintahan PR dengan BN kerana cara BN adalah cara konsensus dan cara PR adalah terbuka kepada Dewan yang akan menentukan! Bukankah itu amalan negara demokrasi yang sebenarnya!
Jadi bagi orang orang Melayu/Bumiputra dan yang beragama Islam usahlah gusar kerana cara berdemokrasi sebenarnya menguntungkan semua pihak!
Lihatlah kepada Indonesia yang telah berjaya mengorak langkah jauh kehadapan dalam berpolitik sedangkan negara tersebut diramalkan akan berkecai setelah jatuhnya regim Suharto!
Walaupun PR mempunyai majoriti Bumiputra/Melayu serta beragama Islam agak kecil tetapi Parlimen yang akan menentukan hala tuju negara dan bukan lagi ahli ahli Parlimen PR!
Tidak mungkin ahli yang berhormat mau isu agama dan bangsa dipermainkan kerana kuasa sebenar ditangan mereka. Yang Di Pertuan Agung di beri kuasa terakhir untuk meluluskan Rang Undang Undang sebelum ianya dilaksanakan!
Jadi pada hemat aku, kita sebenarnya menuju kearah berpolitik yang lebih matang!
-am-
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). " - Surah Ali `Imran; ayat 110~
No comments:
Post a Comment