PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, August 4, 2008

Semalam aku g Anfield, Liverpool.. Gua Garam Bukit, Himalaya.. Lombong Magnet Neodymium, China. Hehe..

Salam,
Hmm.. hi all.. semalam aku busan duk umah sensorang.. budak2 umah sumer pakat balik kampung.. plan nak balik gak minggu nih, tapi tak jadi coz minggu depan aku nakbalik lagi nak amik keta.. dah siap pun kat bengkel tu.. hmm bukan itu yg aku nak story mory.. ceritarnya ialah suatu malam yg busan dari aku duk ngadap dinding umah ja sensorang baik aku kuar merayau malam minggu ek.. hehe..

Plan asal nak g downtown cheras ja, tapi terlajak sampai downtown danau kota, setapak. hahaha.. sampai ja kat sana aku cari tmpt park dlu.. dah dapat port baik baru aku ronda2.. ronda sensorang pun jadi keja woo.. ronda punya ronda, dalam beratus canopy kedai tuh, 2 canopy ja yg aku minat nak duk lama.. hangpa nak tau dak kedai jual apa?

1= kedai jual 'SPORT ACCESSORIES', dah tentula my peberet team LIVERPOOL.. haha..
2= kedai jual barang2 antik, perhiasan rumah dan produk 'GARAM BUKIT'..

'LIVERPOOL ACCESSORIES'

Ermm menarik gak tu.. masa kat kedai sport accessories tuh aku tak plan nak beli apa2 pun, alih2 abih gak duit aku MYR50 kat situ.. haha.. apa yg aku beli? ni ha aku shoppin' 'Beg Sandang Liverpool' ada ar dlm MYR20.. ok tak wei? bleh la no wat ganti beg balik kampung aku yg dah nak terkoyak rabak tuh.. (sponsor by KPTM) huhu.. tak pun bleh wat letak laptop kalau g memana..

BEG SANDANG LIVERPOOL

Lagi aku beli 'Selendang Liverpool'.. dah lama aku berhajat nak beli benda alah ni.. merata tempat dah aku cari tak jumpa2 last2 ada gak kat downtown, danau kota ni no.. kalau nak ikutkan tu kat kedai aksesori sukan yg ada belambak kat shoppin' complex tu pun ada jual, tapi pepaham jela.. mahal nak mampos.. downtown punya ada class, jadi la tuh. haha.. rega pun tak la mahal sangat MYR20 gak.. saja ja aku beli nak letak kat cermin belakang perdanz aku.. cantik kannn?? haha..

SELENDANG LIVERPOOL

Ermm dah MYR40, lagi seploh aku beli 'Beg CD', coz dah bersepah CD2 VCD, DVD aku kat dalam keta tuh.. so bila ada beg ni rasa tersusun ler skit. huhu..

BEG CD / VCD / DVD

Dah aku nak blah mamat yg jual benbarang tuh kasik hadiah free kat aku 'Mouse Pad', bleh la wat lapik mouse laptop aku.. haha.. macam dia tau2 ja yg aku takdak mouse pad.. wakaka..

MOUSE PAD

ermm dah kuar kedai tu aku ronda2 gi canopy lain plak.. sampai aku masuk canopy kedua yg aku cita tadi.. kat kedai tu ada macam2 barang antik like pedang, keris, lord of the ring, lighter senapang, hiasan dinding, bla.. bla.. bla.. yang aku tertarik nak beli, pun mmg dah lama gak aku cari ialah 'Lampu Garam Bukit'..

LAMPU GARAM BUKIT

Bukannya takdak tempat lain, cumanya kat tempat len depa jual MYR50 dan ke atas.. kat situ aku dapat lam MYR35.. ok la tak la besar sangat.. sedang dan comel.. sesuai untuk aku letak lam bilik tidoq aku.. tempias la skit ion2 -ve dia tu kat ruang tamu.. meh aku jadi doktor sat no.. actually lampu garam bukit ni bagus untuk kesihatan kita, coz apabila dipanaskan garam tersebut melalui nyalaan lampu kat dalam dia tu, garam bukit tu akan mengeluarkan cas2 -ve dimana ianya dapat me'neutral'kan semula tahap udara dalam bilik @ rumah kita.. coz sekarang nih dah terlalu banyak cas2 ion +ve yg kurang sihat disekeliling kita like asap kenderaan, asap kilang, pembakaran terbuka, terutamanya ASAP ROKOK yg berkepul2 dalam umah aku tu.. hangpa paham2 jala umah budak2 bujang, huhuhu.. bla.. bla.. bla.. so bila aku pasang ja lampu garam bukit nih, dia dapat menyerap semua ion2 +ve tu.. hmm sempoi tak? sure la bagus kan.. bagus jugak tuk kesihatan hangpa sebenaqnya kalau hangpa pasang sorang satu kat umah hangpa.. jangan kata baik untuk kesihatan ja, malah lampu garam bukit nih leh gak di wat perhiasan rumah lagi.. tahap penggunaan elektriknya jugak agak menjimatkan, haa lagi 1 aku nak pesan kalau korang nak guna lampu nih, biarkan dia sentiasa nyala, 'switch on' sokmo.. coz lampu ni kurang berkesan @ tak tahan lama kalau hangpa asyik duk main tutup bukak tutup bukak.. on ja macam peti es hangpa tuh.. ala karan dia tak makan banyak aihh.. kalau nak beli plak hangpa p cari yg wana kuning jernih naik kristal skit tu, coz lampu garam bukit ni kalau lagi jernih macam kristal tu bermakna lagi lama ianya terhasil dalam gua garam tu.. so lagi matangla.. kalau yg wana kuning putih tu bermakna garam bukit tuh masih muda.. so tak brape power.. aku pun tak sure tapi dah 3, 4, 5 peniaga garam bukit tu yg aku tanya.. semua jawab cenggitu.. hmm.. so dah settle kat kedai tu aku ronda2 habiskan suma kedai.. then nguap2 aku pun cau.. tunggu apa lagi..

Maka habislah semalaman yang busan dengan terkopaknya dompet aku sebanyak MYR120... aksesori liverpool MYR50, lampu garam bukit MYR35, isi perut MYR5, petrol yg mahal nak mampos tuh MYR30 pegi balik dekat2 40km dari cheras.. sekian terima kasih.. huhu..


P/s : Lampu Garam Bukit tu bagus coz menuetralkan semula tahap udara dalam kehidupan kita, yakni menambahkan cas2 ion -ve lam udara yg kita sedut everyday tuh.. so sama SEJIBIK konsep dia dengan Gelang Magnetik E-Dymium yang aku pakai nih.. 'Terapi magnet NeoDymium'.. memberi cas2 ion -ve lam tubuh badan kita, dengan mengembangkan pembuluh darah serta melancarkan peredaran darah lam tubuh badan.. secara tak langsung dapat memulihkan beberapa penyakit yg ada kat dalam badan kita kecuali penyakit Hasad dengki, Tamak, Haloba, Haji Bakhil.. hahaha.. kempen nampak.. lorr betoi la..

Kebaikan LAMPU GARAM BUKIT:
- Meneutralkan dan mempertingkatkan kualiti udara.
- Megurangkan pencemaran udara
- Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma
- Menyembuhkan luka akibat terbakar
- Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria
- Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara rumah
- Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita
- Melegakan resdung, migrain, pening kepala, demam panas dan serangan selsema
- Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosentrasi
- Meningkatkan kapasiti denyutan jantung
- Mengurangkan perasaan cemas/bedebar-debar
- Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah

Kebaikan ION NEGATIF YG DIHASILKAN OLEH LAMPU GARAM BUKIT :
-ion negatif di kenali sebagai 'VITAMIN UDARA'
-membersih udara dr debu, debunga
-menghilangkan bau yg kurang menyenangkan & asap
-mengurangkan tekanan & keletihan kronik

kajian saintifik menunjukkan LAMPU GARAM BUKIT TULEN boleh meningkatkan Ion Negatif (VITAMIN UDARA) sehingga 300%.. Di Eropah, pengamal homepathy menggunakan LAMPU GARAM BUKIT TULEN dlm rawatan mereka..

Dr.Albert P.Kruger,seorg ahli microbiologi & ahli patologi ujikaji di UNIVERSITI CALIFORNIA mendapati bahawa kuantiti ion negatif yg kecil boleh membunuh & menyingkirkan bakteria dlm udara dgn cepat. ia dpt mengurangkan jangkitan kpd manusia..

Kebaikan GELANG MAGNETIK E-DYMIUM:

• Meneutralkan pH dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Meningkatkan oksigen dalam badan
• Mengurangkan kebengkakan (cellular)
• Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
• Mengawal kencing manis
• Melegakan kesakitan otot dan sendi
• Meningkatkan tenaga batin

Kalau hangpa nak tau lebih lanjut leh hubungi aku segera di hot line 012-2587824.. tq..
-am-

No comments: