PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 9, 2008

HARI KIAMAT SATU KEBENARAN

MAKSUD KIAMAT

Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan. Menurut istilah syarak hari kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.

Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. ( surah Al Ghafir ayat 59)

Kiamat terbahagi kepada 2

1. Kiamat Kubra (Besar)

2. Kiamat Sughra (Kecil)

Orang yang meninggal dunia akan berpindah ke alam barzakh dan ini bererti dia sudah mula melangkah ke alam akhirat. Dengan sebab itu kematian disebut sebagai kiamat kecil.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Barang sesiapa yang telah meninggal dunia maka telah berlakulah kiamat kecil ke atas dirinya.

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KECIL

1. Segala urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahli

2. Anak derhaka kepada kedua ibu dan bapanya

3. Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan Manusia berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi

4. Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam

5. Wanita berkelakuan dan berpakaian menyerupai lelaki dan begitulah sebaliknya.

TANDA-TANDA BESAR

1. Munculnya Imam Mahdi untuk menegakkan syariat Islam

2. Keluarnya dajjal yang akan menyesatkan manusia

3. Turunnya nabi Isa a.s

4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

5. Keluarnya Daabbatul Ard ( binatang bumi )

6. Matahari terbit dari ufuk Barat

GAMBARAN HARI KIAMAT

Ketika berlakunya kiamat, suasana sungguh dahsyat. Bumi akan bergegar dengan kuat gunung ganang akan hancur, dan bintang-bintang akan gugur bertaburan. Keadaan yang amat dahsyat itu menyebabkan manusia berada dalam keadaan huru hara, kebingungan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Firman Allah dalam surah Al Haj ayat 1-2 yang bermaksud :

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu. Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat perkara-perkara yang mengerikan, tiap-tiap ibu lupa akan anak yang yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya, dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan.

Dalam Al Quran, gambaran tentang kiamat juga dusebut sebagai berikut ;

· Apabila langit terbelah dan bumi diratakan

· Apabila bintang-bintang jatuh berserakan,lautan dijadikan meluap dan kubur dibongkarkan

· Apabila matahari digulung, gunung ganang dihancurkan, unta-unta yang bunting ditinggalkan, binatang-binatang liar dikumpulkan dan lautan dipanaskan

NAMA-NAMA LAIN HARI KIAMAT

Ø YAUMUL HISAB -Hari perhitungan

Ø YAUMUL JAZA’ -Hari pembalasan

Ø YAUMUL AT TANAD -Hari panggil memanggil

Ø YAUMUL FASL -Hari keputusan

Ø YAUMUL AD DIN -Hari pembalasan

Ø YAUMUL AN NUSYUR -Hari kembali

Ø AL WAAQIAH -Peristiwa yang pasti berlaku

Ø AR RAAJIFAH -Gempa

Ø AT TOOMAH -Bencana

Ø AL HASYR -Perhimpunan

Ø AL GHASYIAH -Pengsan

Ø AS SAA’AH -Masa yang ditetapkan

Ø AL WA’IID -Ancaman

Ø AL HAAQAH -Peristiwa yang sebenar

Ø AL QARI’AH -Hari yangmenggemparkan

Ø AL ZALZALAH -Goncangan/Gegaran

HIKMAH ALLAH MENGADAKAN HARI KIAMAT

1. Diberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat

2. Manusia menghitung diri sebelum mereka dihitung pada hari akhirat

3. Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahagiaan yang abadi

4. Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan

5. Segera bertaubat kepada Allah

6. Melahirkan masyarakat yang beriman dan negara yang berpandukan syariah Islam

No comments: