PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 23, 2008

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat ragui sumpah Saiful

Mursyidul Am PAS tidak mempercayai sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sentiasa yakin penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat, menjadi mangsa konspirasi politik.

"Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.

permatang pauh by election candiadtes anwar and arif shah hanafi hamat"Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam rayuannya kepada pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan membuat keputusan 26 Ogos ini.

"Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini."

Sikap ini "harus lantang dan konsisten" hingga hari membuang undi, Selasa depan, tambahnya.

Nik Abdul Aziz yang sering sakit-sakit kebelakangan ini dimasukkan ke hospital awal minggu ini.

Menyedari pilihanraya kecil itu sangat sengit sejak hari penamaan calon 16 Ogos lalu, menteri besar Kelantan berkata BN melalui calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah sedaya-upaya menewaskan Anwar agar menghalang "Pakatan Rakyat maju mara ke Putrajaya."

anwar ibrahim and pkr and peopleHanafi Hamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) turut menyertai persaingan dalam pilihanraya kecil itu.

Untuk menyekat langkah Anwar, tambah Nik Abdul Aziz, BN sanggup mengulangi pertuduhan yang sama kepada bekas tokoh utama negara itu.

"Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau.

"Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata lagi, kemenangan mantan timbalan perdana menteri itu bagi "membetulkan landasan supaya negara ini selamat daripada ancaman kegelinciran iman, akidah dan taqwa kepada Allah."

Selain itu, kata tokoh kanan PAS itu, kejayaan penasihat PKR itu juga membolehkan beliau "meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekali gus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar."

* sumber dari malaysiakini.com

No comments: