1) Lubang apa yang rasanya hangat, nikmat dan nyaman?
JAWAPAN : LUBANGun pagi-pagi, tarik selimut pas tu tidoq balik.
2) Minyak apa yang disukai oleh kaum lelaki?
JAWAPAN : MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-Enggeris
3) Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
JAWAPAN : Kuih salah bikin daa..
4) Binatang apa power Karate?
JAWAPAN : Kuda belang, cuba kira berapa black belt dia ada.
5) Siapa yang menemukan dompet kulit?
JAWAPAN : Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.
7) Pintu apa yang dibuka walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
JAWAPAN : Pintu yang ada tulis 'TARIK'.
8) Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki... Siapakah saya?
JAWAPAN : Pembohong...
9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
JAWAPAN : Usus.
10) Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
JAWAPAN : Kutu rambut.
11) Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
JAWAPAN : Neneknya si katak.
12) Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
JAWAPAN : Sebab lelaki ni kan 'buaya'
13) Apa beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
JAWAPAN : Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik....'Dah pagi ni tuan'...
14) Apa persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
JAWAPAN : Dua-dua tak kenal korang.... Hehe..
15) Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
JAWAPAN : Tukang gali kubur.
16) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
JAWAPAN : Tahi hidung.
17) Apa persamaan kain jemuran ngan telefon?
JAWAPAN : Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat...
18) Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
JAWAPAN : Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa tu.... gila apa...
19) Gajah terbang dengan apa?
JAWAPAN : Dengan susah payahnya......
* sumber dari dewan bahasa pusaka nenek moyang
-am-
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). " - Surah Ali `Imran; ayat 110~
No comments:
Post a Comment