PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Friday, August 8, 2008

HUKUM SUNTIK VITAMIN C PADA KULIT

KES PERTAMA SUNTIK VITAMIN C BAGI TUJUAN PERUBATAN.

Semua perkara yang Haram dalam Islam hukumnya dibolehkan sekiranya digunakan bagi tujuan perubatan.

Dalil Hadith Nabi S.A.W ada riwayat yang menyatakan ada sahabat yang terkena penyakit kulit, dibenarkan memakai sutera, padahal sutera itu haram bagi kaum lelaki memakainya, Rasulullah S.A.W membenarkan perkara yang haram bagi tujuan perubatan.

Dalil yang sama boleh digunakan untuk kes perubatan yang lain, oleh itu suntik Vitamin C bagi tujuan perubatan dibolehkan dalam ISLAM.

KES KEDUA PULA SUNTIK VITAMIN C BAGI TUJUAN KECANTIKAN.

Dalam kes ini, apakah anda beranggapan ALLAH S.W.T mencipta kulit anda tidak cantik? anda ingin mengubah kulit anda supaya jadi cantik? setakat mana kecantikan kulit itu bertahan dengan cara suntik vitamin C? apabila kita dah tua, kulit tetap akan berkedut juga!

Suntik Vitamin C bagi tujuan kecantikan umpama mengubah apa yang ALLAH S.W.T ciptakan. HARAM HUKUMNYA.

Kita jangan ikut nasihat Doktor dalam menentukan hukum untuk kecantikan, doktor memang suka orang suntik vitamin C sebab orang akan beli produk itu di klinik mereka, itu income bagi mereka.

Ringkasan:

Hukum suntik vitamin C bagi tujuan perubatan. DIBOLEHKAN.
(ada dalil Hadith perkara Haram dibolehkan bagi tujuan perubatan)

Hukum suntik Vitamin C bagi tujuan kecantikan. DIHARAMKAN.
(kerana ingin mengubah ciptaan ALLAH).

-am-

1 comment:

Anonymous said...

contoh kalu kulit muka berjerawat dah mcm-mcm produk guna tp masih tak hilang jerawat dan parut-parut jerawat yg dalam masih ada..adakah ini diketagorikan sebagai berubat dengan memakai Vitamin C atau mengubah ciptaan ALLAH SWT yg mencipta jerawat di muka kita boleh jelaskan???sekian