PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Friday, August 15, 2008

P44 Permatang Pauh: Kemenangan sudah dirasa

PERMATANG PAUH, 15 OGOS (SK) - Walaupun penamaan calon adalah esokk, namun nampaknya, Permatang Pauh sudah nampak meriahnya untuk menyambut kemenangan KeADILan.

Menurut wartawan Suara Keadilan yang sudah berada disana sejak kemarin, petugas-petugas parti yang bekerja secara sukarelawan mula datang dari seluruh negara dan telah mula menjalankan tugas.

Katanya lagi, bendera KeADILan telah mendominasi seluruh Permatang Pauh, walaubagaimanapun ada usaha-usaha untuk memasang bendera Barisan Nasional di beberapa tempat.

Jentera-jentera KeADILan memang telah bersedia sejak awal, dan hanya menunggu waktu kempen, seluruh jentera akan bergerak bagi memastikan kemenangan dengan majoriti yang besar berpihak kepada Anwar Ibrahim.

Dua hari lalu, dalam ceramah di Permatang Pasir, kira-kira 15,000 penduduk tempatan telah berkumpul dan mendengar sendiri amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ianya menunjukan tanda-tanda kemenangan awal.

Menjelang penamaan calon, beberapa program telah diatur bagi memastikan kelancaran jentera. hari ini, program akan bermula dengan solat jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar Assidiq, Taman Gua Perahu di Dun Penanti.

Selepas itu, Anwar akan mengadakan lawatan ke bilik gerakan DAP di Seberang Jaya yang terletak di NO 15 Jalan Arwana 4.

Pada sebelah petang, Anwar akan solat Asar di Masjid Permatang Pasir sebelum jamuan teh bersama jentera PAS di Kediaman Ustaz Hamdan di Kilometer 3, Permatang Pasir.

Juga di Permatang Pasir, Anwar akan mengunjungi pasar malam Ampang Jajar bagi menemui penduduk setempat sebelum berceramah di Kampung Teluk Jalan Baharu Seberang Jaya.

Di akhir program hari in, Anwar akan menyampaikan ceramah di Bilik gerakan Dun Penanti di kilometer 20, Kubang Semang.

* sumber dari suarakeadilan.com

No comments: