Dalam tempoh terdekat ini, kita akan mengetahui keputusan rasmi pengundian bagi pilihanraya kecil hari ini. Pertamanya, saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya. Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai.
Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya.
Tatkala menyorot kenangan dan nostalgia berjuang memartabatkan harakat bangsa, saya sering mengingatkan diri dan teman-teman akan firman Allah swt dalam Surah Hud, ayat ke-88 yang bermaksud:
…Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
Insha-Allah, mudah-mudahan saya mampu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan bukan semata-mata ke atas saya, tetapi juga kepada Pakatan Rakyat ke arah merealisasikan harapan baru buat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment