PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 9, 2008

Bagaimana Berhadapan Dengan Perbezaan Mazhab Feqah?

Setiap Mazhab/mujtahid benar dalam penetapan hukum

Pendapat tersebut adalah salah satu pendapat imam-imam mazhab yan empat dan ditarjihkan(dikuatkan) oleh Al Qadhi Abu Bakar, di dalam kitab karangannya al Taghrib :

“ Yang paling jelas daripada pendapat Imam Syafie dan yang paling sama dengan mazhabnya dan mazhab ulam-ulama lain ialah pendapat bahawa setiap mujtahid adalah benar”. Pendapat ini juga adalah pendapat sahabat-sahabat kami seperti Ibnu suraij, Qadhi Abu Hamid, Ad Daraki dan kebanyakan ulama-ulama syafie di Iraq.

Daripada mazhab Hanafi yang sependapat : Abu Yusuf(Yaakub b Ibrahim Al kufi, Muhammad b Al Hassan, Abdullah b Umar b Isa ad Dabbusi Al Bukhari dan diriwayatkan daripada keseluruhan ulama mereka, sekiranya kamu mempersoalkan kenapa hadis Rasulullah SAW:

“Jika seorang hakim yang berijtihad benar(dalam penetapan hukumnya), maka dia akan memperolehi dua pahala, dan sekiranya dia salah, dia akan memperolehi satu pahala”.

Ertinya, hadis ini menunjukkan bahawa di kalangan para mujtahid itu ada yang benar dan ada yang tidak tepat, serta ganjaran ke atas mereka berbeza. Kalaulah semua benar, tentu tidak ada makna pembahagian(benar dan salah)di dalam hadis di atas.

Jawapanku ialah, yang dimaksudkan dengan hadis itu pada sabda ‘Faaqata’ ialah tidak menepati hukum yang lebih afdhal atau yang lebih utama. Sepertimana yang terjadi pada para sahabat r.a. yang menerima teguran daripada Allah SWT kerana menjatuhkan hukuman tebusan terhadap para tawanan Badar, bukan kerana hukuman itu salah, tetapi kerana ia bukan hukuman yang terbaik.

Al Khatib Al Baghdadi meriwayatkan melalui jalan Ismail b Al Majalid katanya :

“Harun Ar Rasyid berkata kepada Imam Malik bin Anas: Wahai abu Abdillah, kami akan tulis beberapa naskah kitab ini dan kami akan tebarkannya di segenap pelusuk wilayah Islam, supaya kami memaksa umat (menerimanya sebagai pegangan dan panduan).

Jawab Imam Malik:

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya perselisihan di kalangan ulama adalah rahmat Allah untuk umat ini. Setiap orang mengikut apa yang jelas di sisinya. Kesemua di atas petunjuk dan dikehendaki Allah”

Daripada As Sya’bi bahawa Rasulullah SAW pernah menjalankan satu hukuman tetapi selepas itu Al-Quran turun menyalahi apa yang baginda telah jalankan hukuman itu. Baginda terus menerima hukum Al-quran itu tanpa menafikan atau menarik balik hukumannya yang terdahulu.
(Al Madkhal - Imam Al Baihaqi: )

Khilaf/perselisihan pendapat di dalam masalah feqah merupakan perkara biasa, masing-masing beramal mengikut apa yang jelas bagi mazhab masing-masing secara umum. Namun kadang-kadang amalan berubah mengikut fatwa ulama kerana tuntunan keadaan, masa dan situasi yang dituntut mengikut keupayaan yang menjadi rahmat dan kemudahan kepada umat Islam .

Hukum Berpindah dari satu Mazhab ke mazhab Yang Lain

1. Haram – Bagi mereka yang tidak pernah mendalami ilmu feqah, dia tidaklah memahami sesuatu mazhab melainkan setakat tahu namanya sahaja samada Syafie,Hanafi dan sebagainya. Mereka ini dikategori sebagai orang awam. Bagi mereka yang pernah mendalami feqah mazhab dan ia menukar mazhab kerana tujuan keduniaan juga hukumnya haram. Kerana ia seolah-olah mempermainkan hukum-hukum syariat.

2. Harus malah boleh jatuh pada hukum wajib – An Nawawi di dalam Ar Raudah menyebutkan si muqallid mesti(wajib) berusaha mencari mazhab yang lebih mantap ilmunya dan dia lebih yakin bahawa mazhab yang kedua lebih mantap, memang patut diletakkan pada hukum Harus malah boleh jatuh pada hukum wajib. Jika si muqallid boleh memilih(terpulang kepada muqallid) maka hukumnya tetap harus.

3

Ringkasan petikan :

Rahmat Allah di sebalik perbezaan Mazhab

Al Hafiz imam Jalaluddin As sayuti

Terjemahan : Ustaz Muhammad Fadli Ismail

Jahabersa; 1996

No comments: