PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, August 9, 2008

Penalaan Halus di dalam Alam Semesta

Dia Yang telah menciptakan tujuh lapisan syurga. Kamu tidak akan dapat menemui sebarang kecacatan dalam penciptaan Yang Maha Penyayang. Perhati kembali – adakah kamu lihat sebarang jurang? Kemudian perhati kembali dan kembali. Penglihatan kamu akan berubah kepada kamu terpukau dan kelelahan! (Quran, 67:3-4)

Dia Yang Memiliki kerajaan syurga – syurga dan bumi.Dia tidak beranak dan Dia tidak ada sekutu dalam kerajaanNya. Dia telah menciptakan segala-galanya dan telah menentukannya dengan amat sempurna.(Quran, 25:2)

Falsafah kebendaan muncul dengan tuntutan bahawa keseluruhan sistem adalah semulajadi dan alam semesta sebagai jentera yang berfungsi dengan sendiri serta perjalanan dan keseimbangan alam tanpa sebarang kecacatan hanyalah suatu kebetulan.Walau bagaimanapun kini fahaman falsu kebendaan dan Darwinisme yang diistilahkan asas sains telah terbukti secara saintifik. (Lihat Harun Yahya, Percanggahan Evolusi dan Hujah Falsu Darwinisme)

Penemuan-penemuan saintifik abad ke-20 yang berturutan dengan pantas, satu demi satu dalam lapangan astrofizik dan biologi membuktikan kehidupan dan alam semesta telah dicipta. Dengan runtuhnya penyataan kajian Darwinisme, teori Letupan Besar telah menunjukkan alam semesta telah diciptakan daripada tiada. Penemuan-penemuan telah menyerlahkan rekabentuk terhebat dan penalaan halus dalam dunia kebendaan yang telah menunjukkan ciri semulajadi yang dituntut oleh fahaman materialisme tanpa asas.

Kita perhatikan hanya Bumi yang dapat memenuhi syarat-syarat yang perlu bagi kehidupan. Bagi sebuah persekitaran yang sesuai untuk hidup, pelbagai keadaan yang tidak terhitung berlaku secara serentak tanpa noktah di sekeliling kita.Terdapat sejumlah ratusan bilion galaksi yang setiapnya mengandungi purata ratusan bilion bintang. Dalam keseluruhan galaksi terdapat kemungkinan banyak planet seperti bintang. 1 Bagi menghadapi bilangan yang terlampau kuasa ini, seseorang akan lebih memahami akibat pembentukan sebuah persekitaran tanpa pengecualian di bumi.

Daripada daya letupan besar kepada nilai-nilai fizikal atom, daripada tahap-tahap empat daya asas kepada proses kimia dalam bintang-bintang, daripada jenis cahaya yang dipancarkan oleh matahari kepada aras kelikatan air, daripada jarak bumi ke matahari kepada sudut kecondongan terhadap orbit dan daripada kelajuan putaran bumi atas paksinya kepada fungsi lautan dan gunung ganang di bumi: setiap yang terperinci sesuai bagi kehidupan kita. Hari ini, dunia sains menerangkan ciri-ciri tersebut dengan konsep-konsep “Prinsip Antropik” dan “Penalaan Halus.” Konsep-konsep ini merumuskan bahawa alam semesta bukan tanpa tujuan, tanpa kawalan, atau pengumpulan jirim secara kebetulan tetapi mempunyai matlamat ke arah kehidupan manusia dan telah direkacipta dengan kepersisan tertinggi.

Perhatian diungkap dalam ayat di atas terhadap ukuran dan harmoni dalam ciptaan Allah. Perkataan “taqdeer” bermaksud “merekacipta, mengukur, mencipta dengan ukuran” telah diambilkira dalam ayat Al-Quran seperti Surah Al-Furqan 2. Perkataan “tibaaq” bermaksud “dalam harmoni” digunakan dalam Surah Al-Mulk 3 dan Surah Nuh 15. Tambahan lagi, Allah menyingkap dalam Surah Al-Mulk dengan perkataan “tafaawut,” bermakna “bantahan, rusuhan, tidak mengikuti, tidak tersusun, berlawanan,” bahawa mereka yang mengingini ketidakharmonian akan gagal menemuinya.

Istilah “penalaan halus” yang telah mula digunakan hampir akhir abad ke-20 mewakili singkapan kebenaran dalam ayat-ayat tersebut. Selepas suku abad lalu, ramai saintis terulung, bijak pandai, dan penulis-penulis telah menunjukkan bahawa alam semesta bukan suatu pengumpulan kebetulan. Sebaliknya wujud suatu rekacipta dan susunatur luarbiasa memenuhi setiap inci kehidupan manusia dengan amat sempurna. (Lihat Harun Yahya, Ciptaan Alam Semesta dan Satu Rantaian Keajaiban) Banyak ciri-ciri dalam alam semesta menunjukkan secara nyata rekaannya dijuruskan untuk menyokong kehidupan. Ahli Fizik Dr. Karl Giberson menyatakan fakta ini:

Dalan tahun 1960an, sejumlah ahli fizik membuat pemerhatian bahawa alam semesta kita telah ditala sehalusnya bagi kewujudan kehidupan manusia. 2

Kelajuan letupan besar:

Keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan oleh fenomena letupan besar, kesegeraan formasi alam semesta adalah merupakan bukti-bukti keberadaan alam semesta secara kebetulan.Menurut profesor ternama Universiti Adelaide dalam fizik matematik Paul Davies, sekiranya kadar pengembangan yang berlaku hasil letupan besar hanya satu dalam bilion bilion bahagian perbedaan, alam semesta tidak akan wujud. 3

Empat daya:

Semua gerakan fizik dalam alam semesta berterimakasih kepada interaksi dan keseimbangan empat daya oleh fizik moden: gravity, daya electromagnet, daya kekuatan nuclear dan daya lemah nuclear. Daya-daya ini memiliki nilai-nilai luarbiasa antara satu sama lain. 4

Jarak antara jasad selestia:

Penempatan jasad-jasad selestia di angkasa dan ruang yang besar antara mereka adalah perlu demi kewujudan kehidupan di bumi. Jarak-jarak antara jasad-jasad selestia telah ditentukan melalui perkiraan dengan daya-daya sejagat yang berkuasa sabagai sokongan kehidupan atas muka bumi.5

Graviti:

-Jika graviti lebih kuat, ammonia dan metana berlebihan akan berkumpul di ruang atmosfera bumi memberikan kesan kemusnahan ke atas kehidupan.
-Jika gravity lebih lemah, atmosfera bumi akan kehilangan kuantiti air berlebihan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Jarak Bumi dari Matahari:

-Jika jarak lebih jauh, planet akan menjadi amat sejuk, kitaran air atmosfera akan terjejas mengakibatkan planet mengalami zaman ais.
-Jika bumi lebih dekat ke matahari, tumbuh-tumbuhan akan terbakar, kitaran air atmosfera musnah terus, dan kehidupan menjadi mustahil.

Ketebalan Kerak Bumi:

-Jika kerak bertambah tebal, jumlah oksigen akan berpindah kepadanya secara berlebihan dari atmosfera.
-Jika kerak bertambah nipis, peningkatan aktiviti gunung berapi mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kelajuan Putaran Bumi:

-Jika kelajuan berkurang, perbezaan suhu siang dan malam akan meningkat dengan besar.
-Jika kelajuan bertambah, angin atmosfera akan mencapai kelajuan tertinggi mengakibatkan taufan dan ribut dan menjadikan kehidupan mustahil.

Medan Magnet Bumi

-Jika lebih kuat, ribut elektromagnetik yang amat kuat akan timbul.
-Jika lebih lemah, maka bumi akan kehilangan perlindungan terhadap zarah-zarah berbahaya yang dikeluarkan oleh matahari dan dinamakan angin-angin suria. Kedua-dua keadaan akan mengakibatkan kehidupan menjadi mustahil.

Kesan Albedo (Pecahan Cahaya Pantulan oleh Bumi)

-Jika berlebih, zaman ais akan pantas terhasil.
-Jika berkurang, kesan rumah hijau akan menyebabkan kepanasan lampau.Bumi akan mula dibanjiri dengan peleburan glasiar dan kemudian terbakar.

Perkadaran Oksigen dan Nitrogen dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan diperlambatkan.
- Jika berkurang, fungsi-fungsi terpenting untuk kehidupan akan dipercepatkan.

Perkadaran karbon Dioksida dan Air dalam Atmosfera:

- Jika bertambah, atmosfera akan mengalami panas lampau.
- Jika berkurang, suhu atmosfera akan menurun.

Ketebalan Lapisan Ozon

- Jika bertambah, suhu bumi akan menurun secara mendadak.
-Jika berkurang, bumi akan menjadi panas lampau dan tidak dapat bertahan terhadap sinaran lampau ungu yang dipancarkan oleh matahari.

Aktiviti Seismik (Gempa bumi)

-Jika bertambah, akan berlaku perubahan mendadak yang tetap terhadap benda-benda hidup.
-Jika berkurang, zat makanan di dasar laut akan gagal merebak ke dalam air.Ini akan memberi kesan kemusnahan kepada hidupan laut dan lautan juga seluruh benda-benda hidup di bumi.

Sudut Kecondongan Bumi:

Sudut kecondongan bumi ke orbit ialah 23 darjah.Ini merupakan penyebab kepada timbulnya musim-musim. Sekiranya sudut condong ini bertambah atau berkurang daripada nilainya kini, akan mengakibatkan perbezaan suhu antara musim-musim mencecah dimensi lampau, dengan musim panas teramat dan musim sejuk terperit.

Saiz Matahari:

Bintang terkecil daripada matahari bermakna bumi akan membeku dan bintang terbesar akan mengakibatkan kebakaran.

Tarikan antara Bumi dan Bulan:

-Jika bertambah, kuasa tarikan bulan akan memberi kesan tersangat serius ke atas keadaan atmosfera, kelajuan putaran bumi di atas paksinya dan pasang-surut lautan.
-Jika berkurang, akan mengakibatkan perubahan iklim berlebihan.

Jarak antara Bumi dan Matahari:

-Jika berkurang hanya sedikit, bulan akan berlanggar dengan bumi.
-Jika bertambah hanya sedikit, bulan akan hilang di angkasa.
-Jika berkurang walau sedikit, kesan bulan terhadap pasang surut di bumi akan mencapai dimensi berbahaya.Gelombang lautan akan melimpahi kawasan tanah rendah.Geseran yang timbul hasil daripada fenomena ini akan meningkatkan suhu lautan dan keseimbangan suhu peka yang perlu bagi kehidupan di bumi akan hilang.
-Jika bertambah walau sedikit, pasang surut akan berkurang menjadikan lautan lebih tenang tanpa gelora. Air tenang akan membahayakan hidupan laut dan aras oksigen untuk pernafasan kita akan turut bahaya. 6

Suhu Bumi dan Kehidupan Asas Karbon:

Kewujudan karbon sebagai asas semua kehidupan bergantung kepada baki suhu dalam had tertentu. Karbon adalah bahan keperluan untuk molekul organic seperti asid amino, asid nukleik dan protin: Semua ini merupakan asas kehidupan. Atas alasan tersebut, kehidupan hanyalah berasaakan karbon. Oleh itu, suhu yang wujud mestilah tidak kurang daripada – 20 darjah Celsius dan tidak lebih daripada 1200 darjah Celsius (2480 F). Inilah had suhu atas bumi.

Ini hanya sebahagian kecil keseimbangan-keseimbangan peka yang berlebihan perlu bagi kehidupan atas bumi yang telah muncul dan untuk terus hidup. Bahkan ini sudah mencukupi untuk menyingkap secara nyata bahawa bumi dan alam semesta bukan wujud hasil daripada kebetulan-kebetulan yang berturutan. Konsep-konsep “Penalaan Halus” dan “Prinsip Antropik” yang telah bermula digunakan dalam abad ke-20 merupakan pembuktian terhadap ciptaan Allah. Keharmonian dan perkadaran di dalamnya telah diterangkan dengan kejituan yang amat unggul empat belas abad dahulu dalam Al-Quran.

“Untuk membeli hasilusaha Harun Yahya, sila lawati laman web www.bookglobal.net


1- Carl Sagan, Cosmos, (Avenel, NJ: Wings Books: April 1983), 5-7.
2- Karl Giberson, "The Anthropic Principle," Journal of Interdisciplinary Studies 9 (1997). (emphasis added)
3- Paul Davies, Superforce: The Search for a Grand Unified Theory of Nature, 1984, 184.
4- Michael Denton, Nature's Destiny: How the Laws of Biology Reveal Purpose in the Universe, (New York: The Free Press, 1998), 12-13.
5- Michael Denton, Nature's Destiny: How the Laws of Biology Reveal Purpose in the Universe, (New York: The Free Press, 1998), 11.
6- "The Elemental Forces of the Universe;" www.pathlights.com/ce_encyclopedia/01-ma10.htm#Elemental Forces

Harun Yahya

No comments: