8.00 pagi: Pusat Pengundian mula dibuka di 25 pusat seluruh Permatang Pauh
8.52 pagi: DSAI menuju ke pusat membuang undi di SMK Seri Penanti, Kubang Semang
9.00 pagi: 1000 penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat menyambut ketibaan DSAI.
9.20 pagi: Penyokong kedua belah pihak sedang bersorak. Keadaan panas tetapi terkawal
9.38 pagi: DSAI tiba di pusat membuang undi
9.49 pagi: DSAI selesai mengundi. Kini menuju keluar dari pusat membuang undi.
9.55 pagi: DSAI meninggalkan pusat membuang undi, dikerumuni puluhan wartawan.
10.02 pagi: DSAI selesai melayani wartawan, kini berarak ke kenderaan beliau 300 meter dari pusat membuang undi.
10.10 pagi: DSAI kini berama-sama konvoi Pakatan Rakyat melawat sekitar pusat membuang undi di Permatang Pauh.
10:29 pagi: DSAI kini sedang melawat pusat pengundian SK Seberang Jaya. Sokongan pengundi sangat positif.
10.40 pagi: DSAI mula meninggalkan pusat pengundian SK Seberang Jaya.
10.58 pagi: DSAI tiba di pusat mengundi di Tenggiri, Seberang Jaya.
11.29 pagi: Konvoi kini sedang bergerak sekitar Seberang Jaya. Helikopter memantau pergerakan konvoi.
11.35 pagi: DSAI singgah di Pusat mengundi Siakap 2 Seberang Jaya.
11.54 pagi: DSAI keluar daripada Pusat mengundi Tenggiri, sekarang menujuk ke Taman Tun Hussien Onn.
12:20 tengahari: DSAI kini tiba di usat mengundi To’ Kandu. Penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat memenuhi pinggir jalanraya.
12.30 tengahari: DSAI kini memasuki Pekan Permatang Pauh. Rakyat sekitar kawasan mengikuti konvoi DSAI.
12.34 tengahari: DSAI melalui jalan Sama Gagah. Rakyat di kiri kanan jalan beratur melambai-lambai ke arah DSAI dan DSWA.
12.45 tengahari: DSAI tiba di Pusat mengundi SMK Sama Gagah. Ribuan rakyat di Sama Gagah menyertai konvoi DSAI, bendera KeADILan berkibaran di sana sini. Penyokong Umno kelihatan tersentak dan lebih selesa untuk berdiam diri di pondok panas mereka.
1.05 petang: DSAI kini di SK Permatang Pauh. Penyokong menyambut ketibaan DSAI dengan meriah. Kanak-kanak ramai yang memakai topeng DSAI. Laungan Makkal Sakhti mendominasi suasana.
1.08 petang: Helikopter terbang rendah dan sentiasa mengikuti ke mana konvoi DSAI bergerak. Bunyi bising mengganggu penduduk. Tetapi masyarakat setempat tidak endah intimidasi tersebut.
1.26 petang: DSAI ini di Pusat mengundi Permatang Pasir. Kiri dan kanan jalan dipenuhi penyokong KeADILan dan Pakatan Rakyat sejauh 300 meter.
1.35 petang: Konvoi DSAI bergerak ke arah SK Guar Perahu.
2.19 petang: Konvoi DSAI kini bergerak keluar dari kawasan Guar Perahu.
2.51 petang: DSAI kini selamat sampai di Yayasan Aman, Penanti.
3.25 petang: Tiga buah bas dijumpai di Lebuh Raya Butterworth-Kulim disusur keluar Penanti.
3.58 petang: DSAI kini bergerak keluar daripada Yayasan Aman. Dalam perjalanan terserempak dengan bas disyaki membawa pengundi hantu di Mengkuang Titi.
4.17 petang: DSAI kini di Pusat Mengundi Kampung Tun Sardon, Telok Wang.
4.32 petang: DSAI berhenti sekali lagi di tempat pengundi-pengundi hantu ditahan. Pengundi hantu masih tidak dilepaskan.
4.44 petang: DSAI menyelesaikan masalah setelah berbincang dengan pegawai bertugas. Kini bergerak keluar.
4.50 petang: DSAI kini berada di Pusat Mengundi SK Mengkuang.
4.56 petang: DSAI tiba di SJK Jit Sin dalam kawasan Berapit. Sokongan positif diperoleh oleh konvoi DSAI di sini. Pondok panas BN telah ditutup awal, hanya pondok panas KeADILan sahaja masih beroperasi di sini.
5.00 petang: Waktu mengundi secara rasminya TAMAT.
5.26 petang: DSAI memimpin konvoi ke Yayasan Aman, Penanti.
5:33 petang: Konvoi diteruskan ke Pusat Mengundi SK Tanah Liat. Reaksi masyarakat setempat sangat hebat apabila mereka berpusu-pusu bersalaman dengan DSAI.
5.55 petang: Konvoi selamat sampai semula ke Yayasan Aman, Penanti.
6.08 petang: Pengiraan undi dijadualkan akan berlangsung pada jam
6.30 petang ini di kesemua 25 pusat pengundian. DSAI dijangka bergerak ke Institut Perguruan Tuanku Bainun selepas solat Maghrib.
6.33 petang: Keputusan terkini:
- Pauh Jaya: KeADILan menang 413 undi
- Penanti: KeADILan menang 1605 undi
- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi
- Taman Tun Hussien Onn: KeADILan menang 649 undi
- Kg. Cross Street: KeADILan menang 1234 undi
7.00 petang: Keputusan terkini:
- Penanti: KeADILan menang 1605 undi
- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi
- Jalan Tuna, Seberang Jaya: KeADILan menang 625 undi
7.20 petang: Keputusan terkini:
- Telok Wang: KeADILan menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)
8.18 malam: DSAI dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 9.00 malam
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan, penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.
Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
* sumber dari http://anwaribrahimblog.com/
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). " - Surah Ali `Imran; ayat 110~
PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment