PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, August 14, 2008

P44 Permatang Pauh: Anwar umum slogan “Merdeka”

PERMATANG PAUH, 14 OGOS (SK)- Jentera KeADILan lebih bersemangat apabila calon KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan slogan “Merdeka” bagi pemangkin kemenangan pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh.

Ketika mengumumkan didalam satu taklimat jentera parti yang diadakan di Bilik Gerakan Pusat di Yayasan Aman Permatang Pauh malam tadi, slogan berkenaan merangkumi pelbagai aspek.

“Ini medan untuk kita merdeka, malam ini saya nak (mahu) isytiharkan moto kita merdeka. Bulan ini bulan ogos, kita merdeka, kita tuntut kemerdekaan. Itu motto kita. Kita hendak merdeka dari kezaliman, kita hendak merdeka dari rasuah, kita nak merdeka dari penindasan, kita nak merdekakan rakyat supaya keadilan tertegak,” katanya.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ahli-ahli Parlimen KeADILan, Ketua-ketua Perhubungan Negeri dan beberapa Ketua Bahagian dari serata Malaysia, Anwar mengulangi bahawa pilihan raya ini akan dijadikan medan untuk Barisan Nasional melemparkan fitnah kepada beliau.

Menurut Anwar, beliau akan dituduh menjadi alat kepada kaum Cina, namun Anwar menegaskan beliau rela menjadi alat kepada seluruh masyarakat Malaysia.

* sumber dari suarakeadilan.com

No comments: